Archive for the ‘Football talk’ Category

mcoba futsal 2010

July 12, 2010

Jadi macam mana rakan-rakan semua?

Mahu atau tidak untuk hantar team futsal?

************

Info tambahan boleh pegi sini..

Advertisements

membentuk pasukan futsal untuk masa depan

April 19, 2010

Masih ingat tentang pencarian bakat futsal 9498?

Projek yang senyap macam tu saja..

Kali ini projek tersebut akan digerakkan sekali lagi..

Sehubungan dengan itu, aktiviti futsal akan kembali diadakan secara gilang gemilang bermula bulan May 2010..

Antara tujuan aktiviti futsal ini adalah:

1) untuk mengesan pemain-pemain futsal batch yang masih mempunyai stamina dan skill..

2) supaya ahli batch dapat berjumpa dan bergembira sambil mengeluarkan peluh..

3) untuk membentuk satu atau dua atau tiga atau lebih pasukan futsal batch bagi merampas kembali kejuaraan futsal MCOBA..

Tarikh aktiviti futsal yang pertama tahun ini akan diumumkan dalam masa terdekat ini..

Kepada yang dah simpan kasut futsal dalam almari, sila keluarkan dan lap habuk-habuk tu..

Kepada yang takde kasut futsal, sila beli baru..

Dan ya, aku serius ni..

Memang confirm akan ada aktiviti futsal bulan May 2010 ni..

Dan kalau rancangan untuk buat team futsal batch berjaya..

Jersi pasukan 9498 akan disponsor oleh Canterbury..

Backheel is the best

February 2, 2010

Bile nak futsal lagi nih?

pencarian bakat futsal 9498 siri 2

April 27, 2009

En Nadrul @ Peah telah berjaya mengumpulkan beberapa pemain-pemain terbaik untuk menyertai pasukan bakat futsal 9498. Walaubagaimanapun, untuk posisi penjaga gol, En Nadrul @ Peah masih belum menjumpai bakat yang sesuai.

Kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai cadangan, sila berikan nama kepada beliau secepat mungkin. Sesi latihan dan pemilihan akan diadakan oleh beliau. Beliau akan menggunakan kuasa veto dalam sesi pemilihan nanti. Keputusan yang beliau buat adalah muktamad. Sebarang komplen atau ketidakpuashatian tidak akan dilayan. Harap maklum.

pencarian bakat futsal 9498

April 22, 2009

En Nadrul @ Peah akan menjalankan sesi pencarian bakat futsal 9498. Tujuan sesi pencarian ini adalah untuk membentuk satu pasukan futsal terkuat yang akan merampas kembali kejuaraan futsal MCOBA yang telah dimenangi selama dua tahun berturut-turut (2004, 2005).

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama kepada beliau secepat mungkin. Sesi latihan dan pemilihan akan diadakan oleh beliau. Beliau akan menggunakan kuasa veto dalam sesi pemilihan nanti. Keputusan yang beliau buat adalah muktamad. Sebarang komplen atau ketidakpuashatian tidak akan dilayan. Harap maklum.