Archive for October, 2010

Walimatul Urus – En. Mohd Rais – 12 Disember 2010

October 26, 2010

Bob dengan besar hatinya telah menjemput semua warga mckk9498 ke majlis perkahwinan beliau.

Tarikh Majlis: 12 Disember 2010

Tempat: No. 2684, Jalan Permata 23, Taman Permata, Ulu Klang

Aturcara Majlis: 1200 – 1700 (jamuan makan), 1330 –  1400 (upacara bersanding)

dari kiri: pengantin perempuan ketika kecil, pengantin lelaki ketika kecil

peta ke majlis, seperti yang dilampirkan dalam kad jemputan

 

peta ke majlis, dimudahkan.

p/s: best man bob = ladoe (maklumat didedahkan dengan izin)

Advertisements

Budak batch masuk hospital

October 19, 2010

Budak batch kita, Muhammad Shahril Shamsul Bahari @ Dolly dikhabarkan terlantar di Hospital Sungai Buluh. Dari berita yang aku dengar, beliau kena strok atau dalam bahasa melayunya, angin ahmar.

Kepada kawan-kawan yang ingin menziarah beliau, beliau berada di Katil 21, Wad 7C, tingkat 7, Hospital Sungai Buloh.

Disertakan gambar beliau bagi mereka yang tak berapa nak ingat..

Sumber berita : En Zarin @ Beng.

Baby baru pasangan Ayie dan isteri

October 16, 2010

Got an SMS this morning about Ayie’s 2nd son. Baby Uqail Aydin selamat dilahirkan yesterday afternoon.

Congratulations to the happy family 🙂

Haji 1431 Hijrah

October 15, 2010

Salam. Insyaallah 20hb ni (minggu depan) aku akan ke Mekah untuk menunaikan haji dgn mak aku.

1. Aku nak mohon maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap.

2. Mintak halal semua makan, minum dan duit semenjak kita kenal dec 1993.

3. Kalau ada hutang budak batch yang belum aku langsai mintak tolong tangguh dulu sampai aku balik haji. Kalau aku tak balik,  claim dgn family aku.

4. Kalau ada yang hutang aku, nak bayar sebelum aku pergi pun bagus.

Insyaallah kat depan Kaabah nanti aku doakan semua budak batch kita berjaya besar dunia akhirat & friendship kita berkekalan sampai ke akhir hayat.

Nad