Archive for October, 2009

pisau bercukur

October 26, 2009

Budak batch kita takde yang nak jadi artis ke?

Macam rodek..

pisau_cukur_maya_karin_fazura_2

Advertisements

bajet 2010

October 24, 2009

Amacam bajet 2010?

Ok?

Ke tak ok?

NAJIB RAZAK / BAJET 2010CUKAI

  • Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.
  • Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.

KAKITANGAN AWAM

  • Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
  • Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.

RUMAH

  • 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.

KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
  • Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

  • Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
  • 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
  • Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
  • Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.

malaysia kaya dengan rekod I

October 21, 2009

Lagi satu aktiviti masuk dalam “Malaysia Book of Records”

dikir barat tanpa henti selama 14 jam di atas keretapi

dikir barat tanpa henti selama 14 jam di atas keretapi

Macam takde benda lain nak dijadikan rekod..

Aku rasa kalau Sapet kumpul balik budak2 dikir barat batch..

Kita boleh pecahkan rekod ni selamba je..

Open House

October 17, 2009

En Rais menjemput kita semua ke rumah terbuka sempena raya yang dah nak abis dan deepavali:

2684, Jalan Permata 23,
Taman Permata,
Ulu Kelang,
Selangor.

tarikh dan masa: 18 Oktober 2009, Ahad, jam 1300 ke atas

peta (MRR2, dari KL, follow blue line, umah bob kotak kaler kuning):

Al Fatihah

October 14, 2009

Assalamualaikum,

Bapa kepada Amin telah pulang ke rahmatullah pada 13 Oktober 2009.

Al Fatihah kepada allahyarham, dan takziah kepada Amin sekeluarga.

Majlis Bacaan Tahlil akan diadakan pada 14 – 16 Oktober 2009, selepas Isyak, beralamat di:

No. 4, Jln 3/3b, Bandar Baru Bangi

update: the tahlil will be held at Surau Al Madani, within walking distance from Amin’s house.