Jatuh atau lompat?

by

Jatuh/lompat je ke the possibilities? what about pushed? kalau x pasti how he was killed, why did utusan just posted the two possibilities? ish ish
 
MACC office xde CCTV? uish…so we only have the MACC officer’s word about what happened? alamak…susah la camni.
 
Regardless of whatever really happened, somebody wound up dead a few hours after being interrogated by MACC…whichever angle you see this, you know something is not right. It can’t be a coincidence…
 
What’s happening to this country?
 
 
 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
 
 
Jatuh atau lompat?
 
Oleh azian aziz, yazid alias
dan rasmi abdullah
pengarang@utusan.com.my
 
 
SHAH ALAM 16 Julai – Kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini petang ini menimbulkan tanda tanya.
 
Menurut laporan awal, Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu.
 
Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull yang melawat tempat kejadian berkata, beliau tidak pasti bagaimana Beng Hock terbunuh.
 
‘‘Kita tak pasti dia terjatuh atau lompat atau apa. Kalau terjatuh dari tingkat mana kita pun tak tahu. Tunggulah hasil siasatan polis nanti,” katanya kepada pemberita.
 
Mayat Beng Hock yang ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlangkup pada kira-kira pukul 1.30 petang dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada pukul 9 malam.
 
Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah itu merupakan salah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri semalam.
 
Hian Wah adalah antara dua Exco dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan itu. Semalam SPRM menyerbu pejabat Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di sini untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.
 
Mohd. Shukri berkata, Beng Hock dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang semalam untuk dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi selepas pihaknya menyerbu pejabat Hian Wah.
 
‘‘Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Beng Hock kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi.
 
‘‘Selepas itu Beng Hock dibenarkan balik oleh pegawai yang merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat di situ ialah pukul 6 pagi.
 
‘‘Selepas itu dia tidak lagi kelihatan sehinggalah mayatnya ditemui pada pukul 1.30 petang ini,” katanya sambil menjelaskan SPRM kemudiannya terus membuat laporan polis.
 
Menurut Mohd. Shukri, sebelum dibenarkan pulang, Beng Hock berjanji untuk ke pejabat SPRM pagi ini bagi menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.
 
Katanya, ruang tamu SPRM tidak dilengkapi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).
 
Beliau menjelaskan, semasa percakapannya dirakam Beng Hock tidak menunjukkan reaksi takut atau gelisah dan memberikan kerjasama yang baik kepada pegawai SPRM.
 
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
 
“Bagaimanapun polis masih menunggu laporan daripada empat pakar patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Kuala Lumpur dan HTAR,” katanya.
 
Tambah beliau, polis juga menawarkan kepada keluarga Beng Hock untuk melantik pakar patologi mereka sendiri.

11 Responses to “Jatuh atau lompat?”

  1. maoi Says:

    1st!!!

  2. peah Says:

    fuh…macam bundat ah Maoi…power…

  3. mmazzad Says:

    ahahha … cerita giler serious … ko leh comment 1st!!!

    Wadda … Demm Funny you Maoi!

  4. buih Says:

    ok..biar aku, macam biasa…start kan ngan komen mengarut.. citer ni serious sangat tuk blog nih…kat paper kan dah ade..

    aku rasa dia ni mati..sebab takde skuad2 penyelamat yang tolong datang bawak stretcher mcam masa Punk lompat ketika tak tau nak lari mana sebab warden rounding time prep petang.

    walaupun kelakar gila perbuatan itu, aku sangat2 tabik kepada mereka yang tidak membiarkan punk menjadi bangkai di situ.

  5. joe Says:

    Betul peah ckp. Mungkin incident Beng Hock ni mcm yang jadi pada Punk dulu gak la… mesti warden bertugas haritu, En. Meor Hamdan, yg kejar die… tapi dalam hal ini… stretcher mmg penting.

    Walaubagaimanapun credit patut jugak diberikan kpada Punk… dalam nampak kelubukkan Punk.terlupe kehebatan beliau… die boleh jalan atas wire penyidai tuh! kire kat koleq Punk still pegang record jalan atas penyidai terjauh.dari kiub sapet almost sampai kiub nad! agaknye if Punk lompat ke pokok manggis kat blakang east wing tu.. isu stretcher tu xkan timbul..

  6. amin r Says:

    heheh.. mmg best cerita tu.

  7. pay Says:

    punk terjun tingkat 2, ni kalau tingkat 14 la dia terjun, hanya sorang je yg aku tau leh selamat.

  8. zongtwi Says:

    sebab die boleh terbang ke Pay?

  9. pay Says:

    dia flying without wings.. rindu siot nk pompoi kat jukebox.

  10. peah Says:

    dia takyah terjun dah..sebab dia dah tau kot….

  11. d3 Says:

    oooo…pay nak buat lawak rupenye,fly without wings hahaha.sory2 nk masuk 4 hari baru pikap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: