Trip Taman Negara

by

on behalf of Lado ;-

aktiviti di taman negara:
1. Jungle Trekking (+/- 3 jam, sure penat gile babi)
2. Naik bot ke Gua Telinga (+/- 3 jam, cam buang mase je)
3. Naik bot ke jeram ke tmpt mandi yang best (berjam-jam, suka hati, cam best la pulak)
4. Canopy walkway (+/- 3 jam, wajib ni)
5. Naik bot ke Lata Berkoh tgk tmpt ikan kelah (+/- 3 jam, buang masa gak kot)
6. Memancing (suka hati la)
7. Tgk binatang waktu malam kt Bumbun Tahan, sebelum 10.30pm (wajib gak ni)

kos:
1. Hostel = +/- rm20 seorang utk 1nite
2. Chalet = +/- rm90 1nite 3-4 org
3. Permit masuk Taman Negara = rm2
4. Bot besar (10-15 org) nk ke jeram mandi-manda =+/- rm90
5. Bot kecil ke Lata Berkoh (4 org) = rm120
6. Tiket canopy walkway = rm10 seorang
7. Permit camera = rm5
8. Jungle trekking & Bumbun Tahan = free
9. Bot ulang-alik Kuala Tahan – Taman Negara = rm1
10. Makan suka hati la..

logistic:
1. boleh drive terus ke Kuala Tahan, Taman Negara seberang sungai je, kita tido kt Kuala Tahan..
2. naik bas ke Jerantut, pastu amik bas lompat2 ke Kuala Tahan
3. naik bas ke Jerantut, naik bas lg ke Kuala Tembeling, pastu naik bot ke Kuala Tahan (bot = rm25 seorang)

budget:
korang kira la sendiri, sume costing dh ade kt atas..
bawak la +/- rm2K, konfem cukup..

ok, pls vote for interested activities..
next week, i’ll compile the tentative program itinerary based on the most selected activities..
otherwise, aku pilih sendiri je aktiviti yg aku rase cam baguk..

16 Responses to “Trip Taman Negara”

  1. pay Says:

    kat situ banyak nyamuk x?

  2. hadi Says:

    Pay: nyamuk takde sangat…biasa2 je..

    nak naik bot ke tempat mandi yang best tu memang best, tapi costly sket laa…if nak mandi kat tempat less best daripada the best tu ok gak sebenarnya…jalan kaki dalam 15 minit to setengah jam je, depend on kelajuan jalan kaki la…kalau speedy macam nak gi snack kat carey hall masa form 2/form 3 tu insyaallah 10 minit dah sampai…heheh..

    canopy walkway tu wajib, best…

    naik bot gi tengok ikan? baik takyah. membazir duit je…lain la ko memang hardcore fisher..tak pun memang suka tengok ikan, nak tengok ikan gi pasar pun bole..

    memancing? menda tu if tak silap aku kena charter bot gak…ni satu lagi menda membazir..sebab satu joran pun aku rasa kena bayar fee jugak tuh…then catch and release je..if tak silap laa..
    tengok binatang malam2???baik takyah la…ngan mulut sekor2 ngalahkan mulut murai jangan harap la nak nampak minatang malam2…menda ni kena duk diam2 macam tengah exam pmr..tu pun if nasib baik muncul la menatang tu.. if not ko duk buang masa dalam 3 – 5 jam tak dapat apa2 hasil…

    chalet yang betul2 kat jeti kuala tahan tu rekomended..

    makan??ada restoren kat jeti kuala tahan tu gak yang best…tukang masak dia rock kapak…harga macam kedai biasa gak…oder goreng2 sedap..

    kalo kena date dia boleh nak join gak ni…

  3. AK Says:

    RM2000 or RM200? RM2000 aku bleh pgi Aussie lah..gila Lado nih

  4. anas Says:

    RM2000 boleh pegi koh pangan dengan mewahnya…haha

  5. peah Says:

    permit kamera?ape jadah..lima ringgit lak tu…aku dah cakap dari form 3 dah ..claim beruk..kan senang…takyah pakai permit..

  6. litium Says:

    i’m in if the time is right

  7. AK Says:

    Who else wanna join nih?

  8. AK Says:

    Hadi, I don’t have the moderator access anymore lah. Ask Maoi to post ur wedding here..sorry..

  9. ladoe Says:

    ye la, kalau 2000 aku rase cukup, takpun korang bwk la 10000..
    aku dh bg costing tu, silalah buat la bajet sendiri yek..
    permit camera rm5 tp hp yg ade camera xyah permit, haha..

    peserta yg konfem/wajib join:
    1. ajak
    2. arep
    3. yuyu
    4. peah
    5. pay
    6. adiman
    7.
    8.
    9.
    10. ladoe

    #cepat, sila isi tmpt kosong.. nnt aku bg tentative program soon..

  10. peah Says:

    asal aku kena gi?
    aku tak nak gi ah doe..
    aku tak suka hutan belantara..
    u know i love the concrete jungle..

    strike my name out..aku nak handle band batch.kau beli harmonica, practice dlm utan.

  11. d10 Says:

    RM2000 aku tanak pegi ah. mahal gila. keluar hutan dapat jongkong emas ke apa? baik aku pegi labuan. boleh cari kawan baru filipina.

  12. peah Says:

    yes2!

    i like your idea yew u

    kita mmg dah plan tu kan

    mari2!

  13. ladoe Says:

    ok.. jom labuan, mari-mari..
    aku nk gak kawan baru filipino..

  14. peah Says:

    gi labuan bawak dua ratus je cukup

    lagi murah dari gi ikut trip lado

    sebab kalau tak cukup duit pau mache.

  15. AK Says:

    I’m sure Ladoe meant $200/=. C’mon lah ppl. Join lah

  16. pay Says:

    hmm… nak gi labuan ke nak gi hutan, labuan ke hutan, labuan ke hutan.. konpius kejap aku.

    lado: ko buat la tentative program utk labuan sekali, baru senang org nk decide..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: