Archive for November, 2006

Do they really have that much time on their hands?

November 30, 2006

Dulu pasal dress code in parlimen. Skrg ni pasal name2 jalan kat putrajaya…

 memang xde keje lain ke?

Istilah asing di Putrajaya ditukar ke b. Melayu pertengahan 2007

Oleh Habibah Omar http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

PUTRAJAYA 29 Nov. – Istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di Putrajaya akan ditukar ke bahasa Melayu sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ketika ini Perbadanan Putrajaya sedang memproses pertukaran istilah tersebut secara berperingkat-peringkat.

‘‘Kita telah minta Perbadanan Putrajaya mengikut jadual pertukaran istilah itu dengan teratur.

‘‘Mereka sedang memindanya dan ia akan mengambil masa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa tempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya menggunakan terma-terma Barat seperti Presint, Boulevard dan Parcel.

Kerajaan telah meminta Perbadanan Putrajaya menukar nama-nama jalan itu kepada nama para pemimpin nasional yang telah meninggal dunia, bunga dan peristiwa perjuangan negara.

Sementara itu, bagi tempat-tempat lain di luar Putrajaya yang masih menggunakan istilah bahasa Inggeris pula, Rais berkata, Kabinet mengarahkan supaya kerajaan tempatan merujuk pertukaran istilah itu kepada nama warisan.

“Di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan tidak menghadapi banyak tentangan namun bagi pihak swasta, kita meminta jasa baik mereka menukar nama tempat atau taman perumahan dengan nama yang lebih sesuai.

‘‘Dalam hal ini, kita telah berhubung dengan persatuan arkitek supaya tidak tergila-gila memanggil nama taman perumahan mengikut nama Barat.

‘‘Kita tidak mahu menggunakan kuasa undang-undang namun jika berterusan, kita akan merujuk kepada jawatankuasa Pusat bagi kerajaan tempatan,” katanya.

Bagi nama jalan yang menggunakan nombor sahaja seperti Jalan 2/21 pula, katanya, nama-nama berkenaan dicadangkan diberi nama khusus kerana penggunaan angka akan menyebabkan kekeliruan.

Azam Jalil Wedding Pictures

November 29, 2006

Azam Jalil’s Wedding #-1Azam Jalil’s Wedding #0Azam Jalil’s Wedding #1Azam Jalil’s Wedding #2Azam Jalil’s Wedding #3Azam Jalil’s Wedding #4Azam Jalil’s Wedding #5Azam Jalil’s Wedding #6Azam Jalil’s Wedding #7Azam Jalil’s Wedding #8

Lesson learnt:
Make sure at least one person to bring a REAL camera to a wedding, hehehehe. Pictures courtesy of Herman.

2008…10 years on part 2

November 24, 2006

Sebagai sambungan kepada aku punye previous post, aku dah prepare dah a draft of ape yg aku nak cadangkan utk dilakukan sempena tahun 2008 yg akan datang ni. draft ni aku dah uploadkan dan boleh di downloadkan from this post di sini: idea ku. just 2 things to mention, pertama, this is just my idea. it doesnt mean this is exactly the thing we’re going to do. kalau ade org setuju, then let me know how we can do it. kalau ade org x setuju, also let me know kenape kite can’t do it. Kalau ade cadangan lain, then also bgtau. tp yg penting, kene lah ade response. klu ade any questions, jgn la segan silu nak bertanye. yg keduanya, eloklah kalau bende ni x digembar gemburkan secara all out kepada segenap lapisan masyarakat lagi. ok?cantek… selamat.

 En. Zamir

2008…10 years on

November 20, 2006

Tup tup…dah dekat 8 tahun since we left koleq. And if I’m not mistaken the tradition is that on the 10th year, kite try to balik ramai2 during old boys weekend. I think this is good, sebab not only buleh hook up balik dengan long lost friends, kite boleh visit balik sekolah tu and ingat2 balik all the good and bad memories. But since aku rase batch kite ni memang gempak (perasan lebih je kut?) or atleast, aku rase batch kite ni perlu jadik gempak, aku mencadangkan kite buat something more remarkable, then just balik koleq ramai2 during MCOBA weekend. since 2008 is just about a year to go, kite kene la start planning from now kalau kite nak buat ape ape. So what say you? Setuju ke tak?

En. Zamir @ D69

Jemputan Kahwin : Ahmad Fuad Salimin @ Saad

November 15, 2006

Saudara Ahmad Fuad bin Salimin (Saad) ingin menjemput anda semua ke majlis perkahwinan beliau. Sila rujuk kad maya di bawah.

front.JPGcontent.JPGmap.JPG

Terima Kasih