Generasi Rock Kapak

by

Apa itu rock kapak?ia bukanla satu genre music dimana siapa yg menyanyikannya harus menggenggam erat sebilah kapak,samaada kapak siam atau kapak conan the barbarian,malah bukanlah muzik yg dimainkan oleh ahli2 Kesatuan Penebang Pokok Berkapak (KAPAK) Rock kapak umumnya adalah jolokan kepada muzik rock yg dimain kan oleh kumpulan rock melayu sekitar 80-90’an,era Battle of The Bands, Box Office Ali Bakar, Muzik Muzik (dihoskan oleh Azwan Ali dgn rambut remosnya, dan Chairmaine Augustine), satu era yg di imortalisasikan oleh Mamat Khalid dalam filem box-officenya, ROCK. Tika itu, cita2 anak muda adalah untuk menjadi rekording artis,hence ramai dari mereka bersungguh belajar main gitar,bela rambut, belajar pakai seluar jeans/pvc/kulit ketat, kasut hitop (especially jenama ALIPH).sebarang apparel yg bercorakkan belang rimau amat popular di kalangan rockers2. tika itu avenue untuk mereka menunjukkan bakat mereka adalah di funfair,ekspo,dan pertandingan seperti BOTB. Kumpulan2 ini termasuklah nama2 yg glamer seperti Search, Lefthanded, MAY dan banyak lagi nama yg telah ditelan zaman seperti Sofea, Desire, SYJ, Rusty Blade, Junction, Bloodshed dan Handy Black.Mereka ini byk diinfluence oleh western band seperti motley crue,scorpions,glam rock kebanyakannya, and sesetengah yg ada influence metal sikit. Aku admit,aku pernah meminati band seperti ini. tapi after masuk koleq, kenal band omputih,maka sikit2 hilangla semangat rock kapak aku. in fact aku ingat,assumption aku it’s not cool to listen to malay songs back then. masa f2,aku ingat lagi aku sorok2 beli kaset search Gema Di Timur Jauh,janggal sungguh duduknya dikalangan kaset2 lain yg mostly nirvana dan band era grunge yg lain. And these last few weeks i’ve experienced a revival. bukan kerana filem ROCK, in fact aku baru je tgk vcd dia kelmarin,after revival ni bermula.it all began when aku stumble upon website legendarockonline,situ byk gila info,gambar2 band..and aku pun mula terkenangkan kaset2 rock kapak aku yg dah hilang,so aku pun berazam nak cuba cari apa yg dapat. pencarian aku membawa aku ke campbell,dan aku berjaya mendapat 2 album yg besar nostalgianya pada aku, Desire -Sumpitan Senja & Desire – (-+x÷).Nostalgia gila!!Dan dua2 album ni hangat berputar kat radio aku (kalau student aku dgr mesti pelik gila!).Walaupun aku tak dapat kaset original,tapi CD-R,tapi aku rasa kagum dgn usaha towkay tu copy dari kaset ke cd dgn professional equipment,which means crystal clear sounds which could last for some time (compared to casette)and aku pun boleh rip dlm Sony NW HD-5 aku. You know,surprisingly lyrical issue time tu byk juga yg unsur agama,nasihat,etc. Album (-+x÷)contohnya,memuatkan lagu Benar Tetap Benar, a tribute to the Palestinian struggle. Ada juga lagu yg menyebut pasal iman,ketuhanan dan sebagainya. Lagu jiwang pun tak la meleleh sangat, ala Eddie Hamid. Satu lagi yg buat aku kagum is their musicianship.walaupun ada dgr riff cedokan dari metallica,slayer dan sebagainya,at least diorang sendiri yg main,bukan sessionist. tak macam band2 sekarang yg tangkap muat.dapat singer suara ok,muka jambu sikit cukupla. kalau konsert takyah bawak whole band pun. so tujuan utama aku tulis berjela ni,nak find out if sesapa yg ada simpan kaset/cd lama2 yg masih elok,bagitaula aku. kot2 ada yg aku tgh cari. and if sesapa nak share experience pun silakanlah. tak malu pun mengaku ko minat rock kapak dulu.standardla time tu. lastly,sesapa minat dgr radio,bukaklah selangor fm 100.9 hari selasa dgn sabtu 10pm-12pm,rancangan retro rock, kalau nak layan nostalgia.

– published by admin from the draft section, original writer is Anip

27 Responses to “Generasi Rock Kapak”

  1. anas rodriguez Says:

    rock kangkang same dengan rock kapak ke? hahaha

  2. cha_in Says:

    aku confused. lagu2 yang kau cakap tu, tu ke rock kapak? aku ingat rock kapak ni macam set2 spoon, arrow and whatever (yang tak rock pun in the first place). so maybe pemahaman aku salahlah selama ni. it’s just that, since bagi aku, arrow, spoon, scoin dan sebagainya tu is the lowest form of music (no offense to any fans out there heheheh) dan orang selalu kutuk rock kapak so aku assume itulah rock kapak.

    anyway, aku rasa ramai orang sedia maklum my musical preference (walaupun sekarang ni it’s broader and not too centered on that one singer je). but there are two albums i remember from childhood, which i still listen to every now and then nowadays – wings’ jerangkung dalam almari (ada lagi kaset ori, case dah tak tau mana), and search’s karisma (kaset dah hilang, baru beli cd a few months back). aku memang tak ‘discovered’ these two on my own lah – abang aku pasang karisma hari2 selama lebih sebulan upon its release, and the UM students yang sewa bilik kat rumah aku dulu pulak pasang jerangkung quite often gak, so cam dengar satu dua lagu, suka pulak so dengar the whole album. and i agree with you on the lyrics – they are actually wery well written and deep, and cover a range of themes/issues, termasuk dadah, life in the city for orang yang low-income, etc. tak macam lagu pop sekarang yang tak boleh tak ada words wajib macam ‘selamanya’, ‘untukmu’, ‘sanubari’, ‘realiti’, dan macam2 lagilah (which aku dengar jugak nevertheless, but that’s because of vocals, bukan lyrics haha). by the way, aku tak sure if these two fit in the category yang kau maksudkan tu. tapi since they are the only rock albums i keep listening to, so tu je lah aku boleh komen. and i know i’m not one to talk about music / musical arrangements and what not, tapi aku rasa their music was quite impressive la jugak. so tu je lah. us being deskmates in f4, i wonder if we ever had this conversation before? macam deja-vu lak sekejap tadi.

  3. anip Says:

    aku rasa rock kangkang tu samala rock kapak. FYI cha’in, aku rasa ko on the right track,search and wings tu among those considered true rock kapak. typically diorang mesti ada ballad yg power, tapi bila masuk ‘kumpulan2 S’ (Scoin, spring,spoon,etc) ballad nya dah jadi meleleh..sbb tula diorang ni kemunculan diorang ni dianggap mulanya jatuh zaman kegemilangan rock kapak.

  4. hisham Says:

    gua sokong rockk….

  5. ejoi Says:

    kawan…
    kalau boleh cari album Sofea a.k.a SYJ. memang best, especially album “Anak Liar” dan “Kembali”. Kat Campbell masih oleh dapat. Kumpulan ni paling banyak cipta lirik kontroversi!

    Cuba dengar lagu “Kawasan Larangan” sebagai contoh…

  6. uncung Says:

    aku rasa memang ok juga lah…tapi adengan terlalu ringkaslahh..paling tidak smart time zack figth dgn burung tu..burung tue yg ,eeeemmmm???

  7. ryonan Says:

    “ROCK KAPAK”.zaman keagungan muzik rock kat M’sia.kumpulan yg first aku dengar ialah Ella n the boy dan Search.kemudian banyak lagi la :- Lefthanded,May,Wing,Desire,Bloodshed and etc…etc. diaorang menjadi ikutan di sekolah sampai ada member aku yg sanggup bawak kaset n magazine nak tunjuk kat semua.Aku still layan muzik ni kerana banyak nostalgianya.

  8. mat Says:

    wei,cmne aku nk download lagu2 rockk2 kapak???

  9. pinolobu Says:

    lagenda rock online:

    http://www.lagendarock.com/

  10. World’s greatest “rock kapak” vocalists « Chronicles Says:

    […] Definition of rock kapak = https://mckk9498.wordpress.com/2006/02/09/generasi-rock-kapak/ […]

  11. semaun Says:

    muahahaha … we are being quoted for giving the definition of rock kapak … no publicity is bad publicity, heh? … majulah rock kapak untuk negara

  12. sam Says:

    broo…. ade arr lirik & kod lagu2 wings & search

  13. usop Says:

    yo….rock kapak memang satu genre yang meninggalkan nostalgia terutama bila dengar lagu Gadis Bertudung Putih dari May. tapi carik punye carik dapat la kaset DI PINTU SEPI – SEARCH
    papepon lagu Loudness memang metal

  14. usop Says:

    yo….rock kapak memang satu genre yang meninggalkan nostalgia terutama bila dengar lagu Gadis Bertudung Putih dari May. tapi carik punye carik dapat la kaset DI PINTU SEPI – SEARCH
    papepon lagu Loudness memang metal….

  15. REVENGE Says:

    visit http://www.myspace.com/revengers

    kami revenge, memperjuangkan rock kapak di generasi millenium…rock kapak masih hidup!!!!

    …dan kali ini dihidupkan oleh band generasi kini…spread the news!!!

  16. ALWAN( WINGS ) Says:

    kami budak kampung baru tidak pernah melupakan tentang rock dan sentiasa memperjuangkan serta menentang sesiapa yang menghina ROCK

  17. ALWAN( WINGS ) Says:

    to:USOP; AWAK NI JIWANG KARAT BETUL LA. ada ka patut guna YO. it speciall for hip-hop only. ia tidak di terima di kalangan kami ini
    ( ROCKERS)

  18. d10 Says:

    hahahhahahhahahahhahaha kau ni tak rock la usop. poseur ni. kene kapak kang baru tau.

  19. hadi Says:

    aku nak back up usop lah!
    maybe dia orang negeri sembilan kot, yo = ya. takpun dia punya awek orang negri 9 kot, takpun neneek dia ke, abah long dia ke, mak ngah dia ke, pah teh dia ke, pak ndak dia ke orang n9…hidup usop…eh , rock kapak….

  20. peah Says:

    aku takleh setuju ngan usop ni…ape jadah lu nak yo! yo! kalau camtu camane nak lepak tepi kedai burger ngan gitar kapok, t-shirt kreator potong lengan, gelang tajam2 thumb-tack buat sendiri, corduroy maroon ngan converse hi-cut merah, ikat key kat lutut..

    takleh…ko kena pakai baju G-unit la usop…blah ah wei…

  21. d10 Says:

    usop kau tuka nama la jadi ‘uS-oup krew’

  22. peah Says:

    ALWAN, tak baik tau cakap org jiwang karat..

    rockers selalu jiwang tak karat punya..selalu letak pelincir..

  23. speedrider Says:

    dengan izin, artikel diisi di http://speedrider.blogspot.com/2009/02/antara-rock-kapak-dan-kangkang.html

    untuk makluman

  24. gitareput666 Says:

    kesimpulanyer rock never die……
    hip hop pergi mam*** hahahahaha

  25. gitareput666 Says:

    apa org kata,usah terpedaya
    asal senang hati……..aku x peduli

    memang banyak susah,hidup zaman in
    pandang harta benda…..aku x peduli
    walau pun apa yang terjadi…..aku tidak pernah peduli

    mengapa…manusia…lebih hebat…bila menghina
    mengeji….dan mencaci,mcm tidak,hai punya hati
    aku x peduli….peduli apaaaa \m/

  26. anas Says:

    brader, kalau gitar dah reput jangan la tak peduli. gila sedih ah

  27. Ninpow Says:

    Sebenarnya band2 seperti spoon,scoin,spin,arrow,budak kacamata..UeerrkKK!! Loya dah tekak nih..xpe aku bleh teruskan skit lagi,New Boyz,Q-Face Bla bla bla sampai sampai nak masuk era hip hop sebagai penamat..okeh band2 ni bkan rock kapak..diorg ni Tangkap leleh..Melelehhh!!! diorg bkan rock,lagu diorg jiwang karat abiss..suara sengau,eeeee…tak bleh blah aku..time diorg ni aku dah xdpt terima lagu2 melayu n beralih kepada lagu2 barat yg sedia ada pada ketika tu…sampai skrg ni pun kadang2 ada radio putarkan balik lagu diorg,aku secara otomatik akan tutup radio tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: