Koleq’s Issue of the Month

by

Following are the excerpts of an email I received thru the MCOBA yahoo group…
Ramai pelajar Tingkatan 1 telah dibenarkan balik  bercuti semasa perayaan Tahun Baru Cina ini. Saya  telah berkesempatan berbual dengan anak rakan saya  bertanyakan bagaimana perasaannya belajar di MCKK.  Saya amat terkejut bila mendengar darinya cara  seorang guru agama mengajar pelajar Tingkatan 1.  Cerita pelajar ini juga diperakui oleh seorang lagi  pelajar lain yang sama-sama belajar dalam kelas berkenaan. Cara guru agama ini mengajar amat membosankan  kelas. Dia bercakap seolah- olah mengomel pada diri  sendiri. Suara antara dengar dengan tidak. Ditambah  dengan jadual harian yang amat padat, sehingga tidak  cukup tidur, anak kawan saya ini telah terlayang  (hampir tertidur). (Waktu tidur setiap hari hampir 12  malam, pukul 5 pagi semua mesti bangun). Guru agama  ini telah menanggalkan kasutnya dan membaling kemuka  pelajar tersebut. Tak cukup dengan itu dia telah  memalukan pelajar itu dengan menyuruh kedepan kelas,  menjawab soalannya. Apakah ini caranya guru-guru sekarang dilatih  mendidik pelajar yang masih muda, mentah dan  innocent? Tak mungkin. Kerana, kedua-dua pelajar  tersebut yang saya tanya akui guru-guru lain tidak  membosankan. Malah mereka seronok mengikuti kelas  kelas yang lain. Jadi tidakkah guru agama ini  terfikir dan mengkaji di manakah silapnya? Dia atau  pun pelajar yang menjadi puncanya. Saya khuatir guru  agama ini, Wan Harun namanya (hanya ada dua orang  guru agama di MCKK, yang seorang lagi tidak ada  masalah dengan pelajar, malah disukai  pelajar) akan hanya merosakkan akhlak  pelajar, bukannya membina akhlak baik. Ada baiknya  saya mencadangkan kalau cerita ini disampaikan  kepada pengetua MCKK, agar guru agama ini dapat  ditegur supaya menjadi pendidik bukannya cara  “gangster”. Guna saikoloji, bukan kuku besi. Dia  patut belajar bagaimana hendak menghidupkan semangat  pelajar mengikuti apa yang d! iajarnya. Pada  pendapat saya guru agama ini perlu dalami cara  mengajar yang  betul seiring dengan perkembangan otak dan  pemikiran manusia bertamadun.
The email has been forwarded to the HM and the MOE and will be discussed in the school’s BOG meeting. Pity Wan Harun. I can see that he’s still the same person in our days. Students nowadays are spoilt and tend to complain a lot, but then throwing shoes is quite an extreme act I must say – even to our standard. Maybe he’s been handling too much pressure lately? What do ya’ all think?

-AK-

11 Responses to “Koleq’s Issue of the Month”

  1. pyanski Says:

    “Apakah ini caranya guru-guru sekarang dilatih mendidik pelajar yang masih muda, mentah dan innocent? Tak mungkin. Kerana, kedua-dua pelajar tersebut yang saya tanya akui guru-guru lain tidak membosankan.”

    man, the fella who wrote the original email seriously need to learn some basic statistics. You can’t just simply sample 2 people out of a 100++ population and draw a conclusion, let alone one that might have an effect of an educator’s dignity. That’s like asking only Ayie and Farock what the dopest band during our koleq days was and conclude that it was RATM, when in reality you have tons of XPDC fans like Saad.

    Membosankan or not membosankan, them kids need to learn to just suck it up. You want to excel, you need to work your ass off, there’s no shortcut – period. Lagipun this is not Plato’s Utopian society, my friend. Mana boleh expect all teachers in the school to be perfect.

    just my 2 cents.

  2. cha_in Says:

    memang orang tak perfect, tapi ke’takperfect’an tu aku rasa tak include ‘membaling kasut ke kepala/muka budak’. and being a malay, there’s something to be said about kaki/kasut naik ke muka and all those things, you know what i mean? spoilt atau tidak is not the issue. sapa yang tak pernah tidur dalam kelas? aku dulu selalu (tanya sesapa ex-deskmate aku), faiz kolo pun selalu gak, haha…. and heck, sleeping in the class has little to do with excelling in studies. you’re tired. you just want to doze off a little. big deal. maybe you didn’t get some from your wife the previous night, maybe your kids think you’re an idiot, tu bukan sebab untuk vent your anger to someone else, let alone someone you should be teaching/educating. okla, maybe it’s a little disrespectful for the student to fall asleep camtu. tapi as a teacher you should know better lah. and i’m prettey sure it wasn’t intentional. sadly, benda2 macam ni memang tak pakai statistics. adat la, all the bad things buat sekali je terus dapat attention. i think semua cikgu mesti dah pergi training and what not kan? sure pernah gi kursus ‘cara-cara menghandle budak-budak’ and all that. yes, aku cakap memang senang. tapi sebab aku sedar aku tak boleh buat camtu la aku tak jadi cikgu in the first place. what else? i never liked him that much pun dulu, so i’d say, let the school be the judge lah. if, by statistics, this is something yang common (cikgu2 semua rasa it’s patut, that ex-students kena lagi teruk and this was nothing), so be it.

  3. anas Says:

    agak keterlaluan jika seorang guru membaling kasut kepada pelajar yang terlentok di dalam kelas. walaupun tidak mengejutkan Puaka Ha yang melakukannya. bukan kita tidak tahu keganasan Puaka Ha. memang pelajar2 kolej melayu generasi baru ini agak manja dan naik kepala (agaknya sebab tidak ada percampuran F3, 4, 5 di big school), tapi manja2 pun, takkan la sampai perlu dibaling kasut? saya pernah dipukul semasa inspection F1 oleh Wawoo hanya kerana susunan baju di locker saya tidak mengikut warna, bukan kerana locker saya selebet tapir, kuat betul dia punya pukulan ke atas tulang belakang saya, saya ketika itu sudah la kecil. sakit sial. akibat peristiwa itu, saya terus membenci Wawoo sehingga la keluar koleq. itu baru saya, kalau ramai lagi pelajar yang dikasari begitu (seperti dibaling kasut), ramai la pelajar akan membenci guru, jadi malas belajar, hasilnya, prestasi pelajaran koleq menjunam, siapa nak dipersalahkan? media cukup suka menjatuhkan nama koleq.

    jika berita pelajar dibaling kasut tersebar keluar? huih seronoknya semua orang luar mengutuk koleq, koleq tak bagus. walaupun hanya kerana perbuatan seorang ustaz yang terlampau.

  4. anip Says:

    betul la juga, baling kasut tu dah over sangat. sbbnya,kalau org rotan/pukul dia pakai apa yg ada,mostly ikut emosi. tapi baling kasut tu,ambik masa,nak kena bukak kasut dulu,then baling.. which means it’s a calculated move. selalu paling koman org baling marker/kapur or duster je,sbb tu senang capai.

    students maybe more problematic these days, but kalau ikut report tu, student tu f1. f1 biasala ngantuk,time tu masing2 baru nak get to the groove with all the limited time. in fact aku rasa baru berapa bulan je diorang masuk,so it’s not really that the students are purposely trying to do something bad, agaknya mmg letih betul. tah2 kena fire drill ke malam tu?

    teringat time nizam kena denda dgn wan harun time f1,dibagi satu doa nak hafal,and cross padang prep school back and forth. one other time dia kena tangkap burung kan?but tak ingat sapa suruh.

  5. anas Says:

    yang suruh tangkap burung tu bukan degon ke? ke ustaz daniel? sila sape2 enlighten issue nih, trivia siot…hahaha

  6. farouq Says:

    i have to go with the consensus here. kita dok pung pang pung pang kat sini as a third party senang la cakap. please la pyanski if it was your kid at the receiving end of that shoe do you tell him to “suck it up!”?? if you do please let me know i’ll give you a pat on the back for being an excellent father. for the record the dopest band when we were in koleq is a tie between pearljam and soundgarden. the jury is still out on that one

  7. pyanski Says:

    oopppsss….

    i meant to give comment on the ‘membosankan/tak membosankan’ part only. everything in my previous post was referring to this issue only, not the baling kasut part.

    should’ve made that much clearer…

  8. pyanski Says:

    oopppsss….

    i meant to give comment on the ‘membosankan/tak membosankan’ part only. everything in my previous post was referring to this issue only, since I think it is just a cheap shot by the author.

    the ‘baling kasut’ part is pretty much a wan-harun-vs-the-world case.

    should’ve made that much clearer… my bad.

  9. yuyu Says:

    woi sapa tak close italic tag ni

  10. anas Says:

    still, violence is not the way to educate young minds. sayang anak tangan-tangankan, sayang student baling kasut??

  11. ajak Says:

    No..violence is not the way. Especially now, when things are changing fast. It’s not only Koleq, the whole nation education system need a revamp..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: